Meja dan kerusi yang diperbuat daripada aluminum ini membuat aku memikirkan tentang efisyensi untuk membasuh persekitaran. Pekerja kedai makan ini sudah pon mengambil pesanan makananku. Rakanku meminta roti bakar 1set dan teh tarik. Buat masa ini aku tidak begitu pelik kerna aku hidup dengan manusia-manusia yang order seperti ini.
Aku pandang beliau dan berkata "roti je?". Hanya sebagai satu tolakan untuk menghasilkan momentum perbualan kearah yang berlainan kerna beliau bertanya tentang diriku. "A'ah, aku nak diet. Resolution aku tahun ini is to diet," beliau menjawap.
Jawapan diet itu tidak membuatkan aku terkejut, apa yang mengejutkan adalah beliau mempunyai resolusi tahunan. Aku malas mahu bertanya tentang peratusan sukses resolusi tahunan beliau sebelum ini tetapi aku boleh mendapat gambaran. Anggaran aku paling tinggi 70 peratus.
Sambil aku menghabiskan makananku beliau memandangku sambil minum teh tarik. Tiada suara yang dilontarkan ke arahku. Buat seketika dunia senyap. Beliau mengarahkan mata ke kiri dan kanan seperti budak nakal yang ingin membuat sesuatu dan melihat jikalau ada mata memandang.
Beliau mengangkat tangan dan memanggil pekerja kedai itu untuk memesan minuman. "Satu lagi teh tarik." Pekerja itu mengangguk dan berjalan menghala ke dapur. Rakanku kelihatan masih lagi kurang puas dan menjerit "nasi lemak ayam satu bang."
20 peratus.
No comments:
Post a Comment