Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Clarity

Kau ingat ape yg aku ingat? Pffft....

Monday, January 5, 2015

Welcoming

Selamat pulang ke realiti dunia.

Sunday, April 28, 2013

Pukulan Hebat

Just when you thought your mentally stable coping with life, they throw you a curve ball for you to get over.

Friday, June 1, 2012

Bio paper 3

Dunia kelihatan Biru jika, dan hanya jika, engkau lihat dunia ini Biru.


Dunia kelihatan Merah jika, dan hanya jika, engkau lihat dunia ini Merah.


Dunia kelihatan Hijau jika, dan hanya jika, engkau lihat dunia ini Hijau.


Penglihatan manusia berbagai. Hipotesis-hipotesis ini kebarangkalian subjektif. Seseorang itu boleh menggunakan hipotesis-hipotesis ini untuk diuji atau menggunakannya untuk menguji.


Perbezaannya adalah engkau dan aku.

Tuesday, January 31, 2012

When reality speaks

Aku di kedai makan yang dibuka 24 jam sehari bersama rakan seperjuangan. Kedai dipenuhi manusia-manusia berbilang bangsa dan umur. Tetapi seperti biasa mereka berumur dilingkungan awal 20-an mendominasi ruang makan ini.

Meja dan kerusi yang diperbuat daripada aluminum ini membuat aku memikirkan tentang efisyensi untuk membasuh persekitaran. Pekerja kedai makan ini sudah pon mengambil pesanan makananku. Rakanku meminta roti bakar 1set dan teh tarik. Buat masa ini aku tidak begitu pelik kerna aku hidup dengan manusia-manusia yang order seperti ini.

Aku pandang beliau dan berkata "roti je?". Hanya sebagai satu tolakan untuk menghasilkan momentum perbualan kearah yang berlainan kerna beliau bertanya tentang diriku. "A'ah, aku nak diet. Resolution aku tahun ini is to diet," beliau menjawap.

Jawapan diet itu tidak membuatkan aku terkejut, apa yang mengejutkan adalah beliau mempunyai resolusi tahunan. Aku malas mahu bertanya tentang peratusan sukses resolusi tahunan beliau sebelum ini tetapi aku boleh mendapat gambaran. Anggaran aku paling tinggi 70 peratus.

Sambil aku menghabiskan makananku beliau memandangku sambil minum teh tarik. Tiada suara yang dilontarkan ke arahku. Buat seketika dunia senyap. Beliau mengarahkan mata ke kiri dan kanan seperti budak nakal yang ingin membuat sesuatu dan melihat jikalau ada mata memandang.

Beliau mengangkat tangan dan memanggil pekerja kedai itu untuk memesan minuman. "Satu lagi teh tarik." Pekerja itu mengangguk dan berjalan menghala ke dapur. Rakanku kelihatan masih lagi kurang puas dan menjerit "nasi lemak ayam satu bang."

20 peratus.

Wednesday, August 24, 2011

Declassified

Kepalanya berpetak dengan pixel-pixel yang semakin hari semakin kecil pembentukkannya. Beliau melihat aku dengan matanya yang kosong, tanpa emosi, tanpa pergerakan. Muka stoic nya itu membuatkan aku kurang selesa. Aku melihatnya berdiri tegak. Kesunyian sekeliling membuatkan aku keliru dengan persekitaranku. Secanggih mana pun teknologi yang tercipta manusia masih lagi tidak dapat membina cyborg yang mempunyai emosi tersendiri.

Aku telan air liur ku dalam keadaan terkejut.

Aku sebenarnya sedang melihat cermin.

Monday, January 24, 2011

100m Dash

Bunyi tembakan pistol menandakan permulaan,
setiap mereka berlari mencengkam tanah sepantas mungkin,
termasuk aku.

Sorakan sekeliling menambahkan semangat untuk berlari,
lebih pantas, lebih laju, goyangan kaki melampaui hukum fizik.

Lama-kelamaan semuanya semakin pudar,
sorakan sekeliling, cahaya terpancar dari tubuh badan mereka yang lain,
dan juga persekitaran sekeliling.

Aku menahan kakiku dari melangkah kehadapan,
dan berhenti.

Aku berhenti bukan kerna ingin mengalah,
aku berhenti untuk kewarasan.

Tuesday, December 21, 2010

Funny Ha ha

Pergaulan antara rakan2 kian lama menimbulkan situasi2 janggal. Walaupun sudah lama berkenalan. Tetapi kejanggalan itu yang membuat mereka rapat. Kadang2.

Lagu2 kings of convenience kedengaran didalam kereta pinjam.

Makhluk A: Antikk gak lagu ko pasang dlm kete.

Aku: Ok a ni..skang pn dh mlm nk blk.

Sunyi.

Baru terlintas dalam otak aku yang perkara ini lebih kelakar di dalam fikiran aku.

Tuesday, December 14, 2010

!

Ekstatik. Harap ia akan menjadi satu landasan untuk membina masa depan.

Tuesday, December 7, 2010

Misteri

Aku tahu yang dia tahu. Dia tahu yang aku tahu.
Aku tahu yang dia tahu aku tahu. Dia tahu yang aku tahu dia tahu.
Tapi takpe, dunia tak tahu.

Monday, November 29, 2010

.

Aku bukan nak cerita panjang.

Wednesday, October 27, 2010

Hearing aid

Manusia mahu dengar apa yang mereka mahu dengar. Baik perkara itu baik mahupun yang buruk.




Aku sebenarnya ada idea ingin menulis tentang art dan artis. Tapi harini gua xnk layan bende tu.

Thursday, October 21, 2010

Tendangan padu

Bola itu ditendang dengan sekuat yang boleh oleh pemain di bahagian pertahanan pasukan itu. Ia ditendang agar mereka di hadapan dapat menyambung momentum bola itu kearah gawang gol.


Sebelum ini mungkin bola itu hanya akan ditendang oleh beberapa orang sebelum sampai ke kawasan terakhir sebelum kotak penalti. Itu hanya cara mereka bermain. Tapi kali ini lain, kali ini mereka ingin terus ke hadapan untuk pemain teratas mereka menyumbatkan gol.


Bola yang ditendang itu melalui semua pemain dan terus keluar padang. Itu perkara biasa. Mereka bermain bola. Cuma bezanya kali ini bola itu keluar kerna tiada pemain dihadapan.


Bola itu bukan sahaja tentang fizik dan fizikal.
Sekarang ia lebih dari itu.

Sunday, October 3, 2010

Multiply

Aku harap akan datang aku akan diklonkan dalam kuantiti yang banyak.
Ini bukan kerna mahukan produktiviti ataupun efisyensi.
Ia kerna perasaan malas melayan karenah manusia semata-mata.
Tiada orang mahu layan gua maka gua layan sendiri.


Ci-bai.

Tuesday, September 21, 2010

Material

Aku dan fad masakini tak "click".

Go figure.

Wednesday, September 8, 2010

Silap Orang

Aku melihat arah seorang perempuan tanpa melihat perempuan tersebut. Aku lebih sebok dalam perbualan dengan freud aku menganalisa perbuatan masa lampau aku.


Tanpa aku sedari perempuan tersebut juga memandang ke arah aku.


"What?" beliau bertanya kearah aku.


Perbualan berbahasa melayu aku dengan si freud (ya, beliau hebat menggunakan bahasa), yang dalam imaginasi aku menyerupai pak cik dalam iklan televisyen yang kene di ban dan di tarik balik tempoh hari, terus hilang bagaikan si jutawan baru-baru ini.


Aku sedikit janggal menyaksikan perempuan yang aku tidak kenali itu datang mendekati aku lalu mengatakan "what is it?".


Aku dengan tidak berfikir panjang terus menjawap "Errr, I thought you were someone I knew".


Beliau kelihatan ingin berkata sesuatu tetapi dengan sepantas kilat perkataan-perkataan sudah pon keluar dari mulut aku yang membentukan satu ayat "But she's way prettier".


Beliau mula menghembus nafas lebih mendalam dan sebelum beliau mengeluarkan sebarang bunyi, aku sudah pon tiada di depan mata beliau.


Lies are what we want the truth to be.


Ha ha.

Tuesday, September 7, 2010

Kring....

Sedang aku asyik membaca laporan2 syarikat tertentu telefon bimbit aku berbunyi. Ade orang call. Aku lihat caller ID yang tertera di skrin telefon aku menunjukkan nombor telefon dari kawasan KL. Aku gelisah memikirkan suara bos aku meminta laporan yang aku patut hantar dua hari lagi.


Aku mengambil panggilan. Rupa-rupanya ade minah dari sebuah pihak televisyen berbayar di hujung talian.


"Ini pasti tentang saman yang kami dikenakan atas sebab tidak bayar satu ketika dahulu" aku berfikir dalam hati. (Ya, kami diberi surat saman dari pihak mereka atas sebab paling bodoh)


Tetapi tidak tepat. Beliau menelefon aku atas sebab ingin mempromosikan sesuatu.


"Ini en. Zulhilmi bin Mohamad?" tanya beliau.
"Hmm.." aku hanya mengeluarkan hembusan tanda ya.
"En. ada astro beyond?" beliau bertanya lagi.
"Tak" pantas aku menjawap.
"Kami disini menyediakan tawaran bla bla bla bla bla" beliau membebel untuk beberapa minit panjangnya.


Selepas panjang beliau mempromosikan produk mereka, perbualan bertukar sunyi. Tiada siapa pon bertutur dalam masa lebih kurang 30 saat dalam realitinya tapi sudah pasti bagaikan berabad lamanya kalau aku cerita.


Kemudian beliau memecahkan kesunyian dengan bertanya "En. tak berminat eh?"


Sunyi sebentar.


"Exactly." akhirnya aku berkata.


Beliau mengucapkan terima kasih dan lantas meletakkan telefon.


Silence is easy, it just becomes me

Perlu ramai lagi telemarkerter sebegini aku berfikir melupakan tugas membuat laporan aku.

Monday, September 6, 2010

Point X

Kalau superman pakai wheelchair.
Manusia ber-evolusi.


Kita dah sampai mana dah ni?

Friday, August 27, 2010

Football saved my life

Aku, seperti mana ramai yang tahu, tidak begitu mahir dalam bidang akademik. Malah, subjek "power" (english kononya) aku masa di sekolah dahulu tidak setanding mereka yang lain di dalam kelas aku. Untuk cuba elakkan dari tertinggal jauh di dalam bidang akademik aku menumpukan separuh perhatian aku kepada sukan. Apa kene mengena dengan masalah akademik aku tadi? Aku tak tau. Tapi pasti itu sudah kamu tahu, bukan?


Aku dari kecil memang aktif di luar rumah, berlari-lari sakan di mana-mana ruang yang ada untuk menghabiskan tenaga aku. Dengan pengaruh rakan-rakan dan juga famili, aku mula meminati sukan bola sepak. Tetapi minat aku dengan bola sepak bukan sekadar minat aku terhadap bola dan pergerakan kaki, ia (aku rasa) lebih dari itu. Inilah sukan yang telah membuat aku rasa buat pertama kalinya kepedihan didalam kekalahan dan juga kepedihan apabila tangan patah. Ha ha.
I fell in love with football as I would later fall in love with women: suddenly, uncritically, giving no thought to the pain it would bring.
-Nick Hornby-
Bola ini secara ringkasnya mengajar aku tentang kehidupan.


Bola bagi aku, suatu sukan yang boleh di mainkan di mana sahaja dan dengan sesiapa pun. Tidak kira kelas, posisi, warna, dan agama seseorang itu. Di sinilah aku belajar tentang pemisahan kelas. Sukan bola sepak ini bukan seperti sukan berkuda yang hanya untuk mereka yang punyai status elit sahaja. Aku mengenali pelbagai rupa manusia tidak kira status mereka. Di sini mungkin juga di mana aku berminat mengetahui tentang sejarah pemisahan kelas, politik dan seantara dengannya. Bola membuat engkau bergantung pada orang lain dan mereka juga bergantung kepada engkau. Dalam kata lain, kerjasama.
I am a member of a team, and I rely on the team, I defer to it and sacrifice for it, because the team, not the individual, is the ultimate champion.
-Mia Hamm-
Apabila aku mencuba game football management yang di berikan kepadaku oleh saudaraku, aku mula memahami akan penjagaan kewangan dan pengurusan sebuah entiti. Ya, pada esensinya, aku belajar bisnes yang kini sedang aku cuba pahami lebih mendalam. Sedikit ironis. Di sini juga aku pelajari komunikasi dan interaksi diantara manusia (lagi-lagi dengan karekter aku yang kurang ingin bersosial ini). Minat aku dalam sukan bola sepak ini juga dimana aku pelajari geografi secara am dan lebih penting budaya-budaya yang terdapat di dunia. Juga kultus-kultus tempat-tempat tertentu. Ha ha.
In football everything is complicated by the presence of the opposite team.
-Jean Paul Sartre-
Aku cuba, sehingga kini, mengaitkan bola sepak itu dengan pelajaran aku. Sejak dari sekolah rendah sehingga kini. Jadi, adakah ia keterlaluan jika aku berkata bolasepak hero hidup aku?

Thursday, August 19, 2010

Past

Ramai yang mengatakan hari-hari "kemeriahan" kini tidak semeriah dahulu.


Aku?


Sama macam dulu. Bagi aku itu lebih kepada mentaliti dari perkara fizikal. Tapi itu cerita kedai mamak.


Aku hanya ingin mengimbas kembali bulan puasa dahulu kala.


Alhamdulillah aku telah berpeluang berpuasa di luar negara. Di 2 negara asing. Tapi, seperti pengalaman-pengalaman yang lain, aku hanya menggunakan memori selektif. Seperti mana aku perlu bersahur di tengah malam akibat imsak pada 3 pagi atau berbuka pada 9 malam pada musim panas. Ini semuanya memori selektif.


Tapi ketika kecil dahulu, hari jadi aku banyak jatuh pada bulan yang mulia ini (ini mungkin sebab mengapa hari jadi aku tidak memberikan signifikasi yang lebih mendalam setiap tahun). Di Amerika misalnya, aku perlu bersahur pada tengah malam sebab imsak awal. Apabila di sekolah, aku hanya duduk diam di dalam kantin ketika rehat (salah satu perkara yang aku suka tentang Amerika, mereka mewajibkan berehat dikantin, dan kemudiannya memberi rehat yang sama panjang untuk berehat diluar.) Seperti kanak2 kecil dahulu, aku banyak meluangkan masa lapang aku di luar rumah. Bermain di padang, misalnya. Bulan puasa pun tidak berubah, aku tetap berlari-larian di dalam hutan seberang rumah aku dahulu. Bila balik ke rumah sudah pasti penat, dan rasa seksa tunggu buka pada 9 malam. Tapi aku sekarang lihat itu sebagai pengalaman.


Ketika aku berpuasa di tanah suci, kami sekeluarga membuka puasa di masjid. Mereka membentangkan kain putih dan menyediakan kurma, roti dan yogurt untuk kami berbuka. Selepas pulang dari sembahyang baru kami makan "berat".


Dan di sini pula, ia lebih bermakna kerana manusia-manusia disekeliling dunia aku. Ketika masih di bangku sekolah, kami pasti bermain bola di petang hari sebelum balik berbuka. Sehingga hari ini teknik dan cara bermain aku banyak diambil dari pengalaman bermain di dalam gelanggang tenis taman aku (the academy we called it). Malam pula lagi meriah, tapi itu cerita lain.


Sekarang, pada tika ini, banyak yang berubah dari fizikalnya, tapi signifikasinya masih sama. Tidak pernah lagi terlintas bahawa bulan puasa dan raya baru-baru ini tidak meriah. Mungkin aku naif. Mungkin aku tak dapat lihat. Atau mungkin aku terlampau selektif dalam memori.
Macam mana pun, kehidupan ini banyak blindspot. Kamu pilih blindspot yang betol?