Showing posts with label abstrak. Show all posts
Showing posts with label abstrak. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Bio paper 3

Dunia kelihatan Biru jika, dan hanya jika, engkau lihat dunia ini Biru.


Dunia kelihatan Merah jika, dan hanya jika, engkau lihat dunia ini Merah.


Dunia kelihatan Hijau jika, dan hanya jika, engkau lihat dunia ini Hijau.


Penglihatan manusia berbagai. Hipotesis-hipotesis ini kebarangkalian subjektif. Seseorang itu boleh menggunakan hipotesis-hipotesis ini untuk diuji atau menggunakannya untuk menguji.


Perbezaannya adalah engkau dan aku.

Wednesday, June 30, 2010

Kompleks

Aku dan engkau mempunyai, atas permukaannya, sifat yang sama.
Tidak kira secara dalaman mahupun fizikal. Tapi aku dan engkau jauh berbeza.
Aku mungkin tidak banyak bercakap, tetapi itu tidak membuatkan aku bisu. Aku mungkin kurang pengetahuan tentang sesuatu, tetapi itu tidak bermakna aku kurang pengetahuan tentang sesuatu perkara yang lain.

Tidak pernah sehari pon aku merasakan kita berdua sehaluan. Engkau dan aku berbeza.
Gaduh itu bagaikan sudah menjadi santapan harian kita berdua. Tapi itu tidak bermakna aku mahu lari dari engkau.
Ini kerna, wahai kawan aku,
sudah pasti aku akan mati.

Wednesday, February 3, 2010

Si Badut Dunia

Engkau hidup dalam kegelapan,
hanya keluar melihat cahaya apabila di panggil..


Engkau tiada ruang bernafas,
di sogokkan dengan penipuan orang sekeliling..


Engkau di putar, di pulas dengan sekuat hati,
sampai pada satu tahap engkau tiada perasaan selain dari letupan dari dalam..


Engkau tidak tahan pada musik yang di mainkan,
hanya putaran bunyian menyakitkan asas musika dunia pada masa kamu mahukan pembaharuan..


Engkau wahai kawanku,
Jack dalam kotak.

Thursday, December 24, 2009

Finish Packing

Burung putih yang terbang kini untuk kami. Tetapi pada kali ini, burung itu berbahasakan arab.

Wednesday, December 2, 2009

One day at a time

Mereka kata "kau dah gemok."
"Aku makan," aku menjawap.


"Kau dah kurus." mereka kata.
"Aku kurang makan," jawap aku.


"Kau gila," mereka kata.
"Kurang ubat" aku membalas.


"Kau sihat," mereka sambung.
Aku menjawap "ubat dah cukup."


"Kau punk," mereka kata.
"Aku rock dan roll," aku jawap.


"Kau formal" mereka cakap.
Aku senyap. Toleh kebelakang dan berjalan.


Bastards.

Monday, October 19, 2009

'lüz

Bising persekitaran. Lagi bising dari sebelumnya. Adakah ini realiti masa kini? Adakah kekuatan bunyi persekitaran ini menjadikan kita pekak terhadap dunia sendiri?


Aku menoleh ke belakang dan melihat keluarga bahagia. Tetapi kita tahu badan kita di tetapkan untuk mengarah ke hadapan.


Mungkin, pada satu masa akan datang, mungkin, kita bahagia.

Saturday, September 19, 2009

Somber

Malam semalam angin kuat menusuk ke tulang. Kesejukan membawa hipotermia. Terasing dari dunia realiti. Awan hitam mewarnai persekitaran. Kami melambai burung putih yang ingin terbang. Jauh destinasi untuk tujuan yang mulia.Sesudah terbang burung itu kami pulang dengan kekosongan. Hujan yang turun menembusi emosi.

Hari ini pula mungkin lain. Mungkin berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Kebarangkalian untuk matahari bersinar sempurnanya kurang. Masih terdapat awan hitam sekeliling.

Saturday, August 8, 2009

White Snow


Berjalan bersendirian atas jalan licin tanpa pertolongan orang ramai, mungkin sesuatu yang bodoh. Jatuh berkali-kali tanpa dorongan. Satu detik keperitan dunia. Berjalan di tengah-tengah tasik beku di kelilingi tumbuhan mati dan angin yang kencang membunuh inspirasi pada mata yang memandang.

Kesejukan, kotor dan lemah kita masih cuba untuk menyeberangi tasik ini yang putih membeku hati masing-masing. Tangan-tangan mereka yang berdiri (dekat) untuk mendorong, dekat hanya pada mata tapi masih jauh untuk genggaman erat. Mereka yang tidak pedulikan kamu lebih dekat berbanding daripada merka yang mahu kamu berjaya.

Jangan rasa terpinggir, ambil tiket kamu dan beratur bersama-sama. Menunggu untuk ke kaunter.