Aku dan engkau mempunyai, atas permukaannya, sifat yang sama.
Tidak kira secara dalaman mahupun fizikal. Tapi aku dan engkau jauh berbeza.
Aku mungkin tidak banyak bercakap, tetapi itu tidak membuatkan aku bisu. Aku mungkin kurang pengetahuan tentang sesuatu, tetapi itu tidak bermakna aku kurang pengetahuan tentang sesuatu perkara yang lain.
Tidak pernah sehari pon aku merasakan kita berdua sehaluan. Engkau dan aku berbeza.
Gaduh itu bagaikan sudah menjadi santapan harian kita berdua. Tapi itu tidak bermakna aku mahu lari dari engkau.
Ini kerna, wahai kawan aku,
sudah pasti aku akan mati.
No comments:
Post a Comment