Wednesday, March 31, 2010

Warning

Ada beberapa permintaan dari rakan-rakan baru-baru ini untuk blog "personal" aku. Atas sebab aku tiada akaun sosial seperti facebook mereka ingin melihat gambar-gambar yang sempat aku atau mereka disekelilingku tangkap ketika berjalan-jalan terutamanya gambar-gambar baru.


Untuk pengetahuan semua, aku tak banyak gambar. Mungkin sampai ke tahap tidak mahu bergambar. Tapi itu tidak pernah menghalang dari gambar aku ditangkap. Pening sebentar. Uphamol.


Atas sebab kekurangan idea semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku akan ambil inisiatif untuk muat atas?kan gambar jalan-jalan aku.


Jadi ini satu amaran, blog ini akan menjadi lebih personal dari sekarang. Sediakan tong sampah anda semua.

2 comments:

Zaza B. said...

Weyh! Muat turun la...

Muat atas. wtf.haha

Zulhilmi said...

muat turun download kan??now im uploading..not downloading..