Tuesday, August 4, 2009

Rainbows

Berhenti aku seketika untuk menerima se-adanya realiti kehidupan. Atmosfera dunia kini lebih laju berbanding sebelumnya. Permandangan jauh bagaikan aksi lumba kenderaan beroda. Hari-hari yang aku inginkan kedamaian adalah hari-hari masa lampau.

Ia bagaikan mereka ini melayan kelajuan untuk memenuhi sebahagian (besar) ruang kehidupan untuk bergembira. Pada waktu yang sama, mereka yang inginkan kelajuan separa di tindas dan di fikirkan tidak relevan pada masa kini. Lagi jauh pandangan orang, lagi bertambah kelajuan hidup.

Warna-warna kehidupan terdahulu di gantikan dengan warna-warna pudar yang pabila bergabung dalam kelajuan sebegini menjadi warna kelabu. Kelabunya kehidupan ini sudah menjadi keadaan yang di anggap biasa atau normal.

Lihatlah gambar kehidupan secara terpeinci agar gambar besarnya penuh warna.

2 comments:

Akmal Azeman said...

Dude~ clearly. u'r in the wrong section of education life! u should be doing literature or sumting! LOL~

Zulhilmi said...

Ha ha..well the future's not ours to see..
Que Sera...