Saturday, August 8, 2009

White Snow


Berjalan bersendirian atas jalan licin tanpa pertolongan orang ramai, mungkin sesuatu yang bodoh. Jatuh berkali-kali tanpa dorongan. Satu detik keperitan dunia. Berjalan di tengah-tengah tasik beku di kelilingi tumbuhan mati dan angin yang kencang membunuh inspirasi pada mata yang memandang.

Kesejukan, kotor dan lemah kita masih cuba untuk menyeberangi tasik ini yang putih membeku hati masing-masing. Tangan-tangan mereka yang berdiri (dekat) untuk mendorong, dekat hanya pada mata tapi masih jauh untuk genggaman erat. Mereka yang tidak pedulikan kamu lebih dekat berbanding daripada merka yang mahu kamu berjaya.

Jangan rasa terpinggir, ambil tiket kamu dan beratur bersama-sama. Menunggu untuk ke kaunter.

No comments: