Aku dari kecil memang aktif di luar rumah, berlari-lari sakan di mana-mana ruang yang ada untuk menghabiskan tenaga aku. Dengan pengaruh rakan-rakan dan juga famili, aku mula meminati sukan bola sepak. Tetapi minat aku dengan bola sepak bukan sekadar minat aku terhadap bola dan pergerakan kaki, ia (aku rasa) lebih dari itu. Inilah sukan yang telah membuat aku rasa buat pertama kalinya kepedihan didalam kekalahan dan juga kepedihan apabila tangan patah. Ha ha.
I fell in love with football as I would later fall in love with women: suddenly, uncritically, giving no thought to the pain it would bring.Bola ini secara ringkasnya mengajar aku tentang kehidupan.
-Nick Hornby-
Bola bagi aku, suatu sukan yang boleh di mainkan di mana sahaja dan dengan sesiapa pun. Tidak kira kelas, posisi, warna, dan agama seseorang itu. Di sinilah aku belajar tentang pemisahan kelas. Sukan bola sepak ini bukan seperti sukan berkuda yang hanya untuk mereka yang punyai status elit sahaja. Aku mengenali pelbagai rupa manusia tidak kira status mereka. Di sini mungkin juga di mana aku berminat mengetahui tentang sejarah pemisahan kelas, politik dan seantara dengannya. Bola membuat engkau bergantung pada orang lain dan mereka juga bergantung kepada engkau. Dalam kata lain, kerjasama.
I am a member of a team, and I rely on the team, I defer to it and sacrifice for it, because the team, not the individual, is the ultimate champion.Apabila aku mencuba game football management yang di berikan kepadaku oleh saudaraku, aku mula memahami akan penjagaan kewangan dan pengurusan sebuah entiti. Ya, pada esensinya, aku belajar bisnes yang kini sedang aku cuba pahami lebih mendalam. Sedikit ironis. Di sini juga aku pelajari komunikasi dan interaksi diantara manusia (lagi-lagi dengan karekter aku yang kurang ingin bersosial ini). Minat aku dalam sukan bola sepak ini juga dimana aku pelajari geografi secara am dan lebih penting budaya-budaya yang terdapat di dunia. Juga kultus-kultus tempat-tempat tertentu. Ha ha.
-Mia Hamm-
In football everything is complicated by the presence of the opposite team.Aku cuba, sehingga kini, mengaitkan bola sepak itu dengan pelajaran aku. Sejak dari sekolah rendah sehingga kini. Jadi, adakah ia keterlaluan jika aku berkata bolasepak hero hidup aku?
-Jean Paul Sartre-
No comments:
Post a Comment