Thursday, August 19, 2010

Past

Ramai yang mengatakan hari-hari "kemeriahan" kini tidak semeriah dahulu.


Aku?


Sama macam dulu. Bagi aku itu lebih kepada mentaliti dari perkara fizikal. Tapi itu cerita kedai mamak.


Aku hanya ingin mengimbas kembali bulan puasa dahulu kala.


Alhamdulillah aku telah berpeluang berpuasa di luar negara. Di 2 negara asing. Tapi, seperti pengalaman-pengalaman yang lain, aku hanya menggunakan memori selektif. Seperti mana aku perlu bersahur di tengah malam akibat imsak pada 3 pagi atau berbuka pada 9 malam pada musim panas. Ini semuanya memori selektif.


Tapi ketika kecil dahulu, hari jadi aku banyak jatuh pada bulan yang mulia ini (ini mungkin sebab mengapa hari jadi aku tidak memberikan signifikasi yang lebih mendalam setiap tahun). Di Amerika misalnya, aku perlu bersahur pada tengah malam sebab imsak awal. Apabila di sekolah, aku hanya duduk diam di dalam kantin ketika rehat (salah satu perkara yang aku suka tentang Amerika, mereka mewajibkan berehat dikantin, dan kemudiannya memberi rehat yang sama panjang untuk berehat diluar.) Seperti kanak2 kecil dahulu, aku banyak meluangkan masa lapang aku di luar rumah. Bermain di padang, misalnya. Bulan puasa pun tidak berubah, aku tetap berlari-larian di dalam hutan seberang rumah aku dahulu. Bila balik ke rumah sudah pasti penat, dan rasa seksa tunggu buka pada 9 malam. Tapi aku sekarang lihat itu sebagai pengalaman.


Ketika aku berpuasa di tanah suci, kami sekeluarga membuka puasa di masjid. Mereka membentangkan kain putih dan menyediakan kurma, roti dan yogurt untuk kami berbuka. Selepas pulang dari sembahyang baru kami makan "berat".


Dan di sini pula, ia lebih bermakna kerana manusia-manusia disekeliling dunia aku. Ketika masih di bangku sekolah, kami pasti bermain bola di petang hari sebelum balik berbuka. Sehingga hari ini teknik dan cara bermain aku banyak diambil dari pengalaman bermain di dalam gelanggang tenis taman aku (the academy we called it). Malam pula lagi meriah, tapi itu cerita lain.


Sekarang, pada tika ini, banyak yang berubah dari fizikalnya, tapi signifikasinya masih sama. Tidak pernah lagi terlintas bahawa bulan puasa dan raya baru-baru ini tidak meriah. Mungkin aku naif. Mungkin aku tak dapat lihat. Atau mungkin aku terlampau selektif dalam memori.
Macam mana pun, kehidupan ini banyak blindspot. Kamu pilih blindspot yang betol?

No comments: