Sedang aku asyik membaca laporan2 syarikat tertentu telefon bimbit aku berbunyi. Ade orang call. Aku lihat caller ID yang tertera di skrin telefon aku menunjukkan nombor telefon dari kawasan KL. Aku gelisah memikirkan suara bos aku meminta laporan yang aku patut hantar dua hari lagi.
Aku mengambil panggilan. Rupa-rupanya ade minah dari sebuah pihak televisyen berbayar di hujung talian.
"Ini pasti tentang saman yang kami dikenakan atas sebab tidak bayar satu ketika dahulu" aku berfikir dalam hati. (Ya, kami diberi surat saman dari pihak mereka atas sebab paling bodoh)
Tetapi tidak tepat. Beliau menelefon aku atas sebab ingin mempromosikan sesuatu.
"Ini en. Zulhilmi bin Mohamad?" tanya beliau.
"Hmm.." aku hanya mengeluarkan hembusan tanda ya.
"En. ada astro beyond?" beliau bertanya lagi.
"Tak" pantas aku menjawap.
"Kami disini menyediakan tawaran bla bla bla bla bla" beliau membebel untuk beberapa minit panjangnya.
Selepas panjang beliau mempromosikan produk mereka, perbualan bertukar sunyi. Tiada siapa pon bertutur dalam masa lebih kurang 30 saat dalam realitinya tapi sudah pasti bagaikan berabad lamanya kalau aku cerita.
Kemudian beliau memecahkan kesunyian dengan bertanya "En. tak berminat eh?"
Sunyi sebentar.
"Exactly." akhirnya aku berkata.
Beliau mengucapkan terima kasih dan lantas meletakkan telefon.
Silence is easy, it just becomes me
Perlu ramai lagi telemarkerter sebegini aku berfikir melupakan tugas membuat laporan aku.
This was in drafts.
5 years ago
No comments:
Post a Comment