Sekitar akhir 90an awal milenium.
Aku teruja. Ya lah, buat kali pertamanya aku dapat menyaksikan perlumbaan F1 secara langsung. Tak pernah lagi merasakan gegaran dunia perlumbaan secara 'live'. Sebelum ni hanya saksikan highlights2 di skrin televisyen sahaja. Dulu siri F1 ni tak diambil perhatian sangat, maka aku hanya dapat melihat 'snippet'2 si jordan hill kat tv. (ironiknya, aku tak suka pon jordan hill).
Aku pergi dengan bapak aku. Tiket percuma, sapa tak pegi ye dak? Seat2 kami berasingan. Beliau di box sebelah starting line, aku dekat straight line sebelum u-turn tower tu. Aku tak rasa kekok sebelum perlumbaan bermula sebab rata2 peminat yang lain juga menyaksikan perlumbaan ini dengan memakai baju cap thai mereka. Tak se'elit' yang aku bayangkan.
Race pon bermula. Seat2 mula menggegar. Literally. Macam gempa bumi berskala kecil. Pabila kereta2 selaju jet lalu didepan mata aku, aku tak perasan pon. Bunyi yang kuat membuatkan aku menutup mata buat seketika. Aku cuba cari jalan lain. Aku membuat konklusi yang aku patot cari cara untuk tutup telinga aku bagi mengurangkan tahap polusi pendengaran ni. Maka aku ke tandas untuk mencari 'ilham'. Kat tandas tu surprisingly tak sekuat diluar. Aku tak tau kenapa. Mungkin bunyi yang kuat boleh menganggu seseorang itu untuk melakukan nombor dua. Mungkin.
Aku dapat idea untuk menyumbat telinga aku dengan tisu. Aku pon ambil tisu yang banyak dan celupkan sedikit air supaya tisu2 yang disumbat itu padat dan menutupi telinga aku secara menyeluruh. Aku keluar dari tandas untuk sambung menyaksikan perlumbaan. Eksperimen aku berjaya dan aku dapat menyaksikan perlumbaan tersebut tanpa ganguan mental akibat bunyi yang kuat. Aku lakukan ini semata-mata untuk saksikan perlumbaan yang aku telah nanti-nantikan semenjak aku tahu tentang F1 walaupun tisu yang tejolor keluar bukan satu 'fashion statement' yang menarik. Menarik perhatian, mungkin. Tapi bukan menarik.
Selepas race, aku pergi jumpa bapak aku diluar litar untuk balik. Kami berborak tentang pengalaman menyaksikan perlumbaan bertaraf antarabangsa itu. Pada masa kami di dalam kereta, beliau mengambil sesuatu dalam poketnya lalu memberikan kepada aku.
"Nah, amik ni," kata bapak aku.
"Tadi abah duduk dalam box tak dengar sangat. Box tu sound proof. Tapi dia bagi jugak ear plug ni" tambah bapak aku.
'Sial' aku berkata dalam hatiku.
"Nak pergi makan dulu ke? Abah dah kenyang. Tadi dalam box dia bagi makan skali. Buffet." bapak aku tanya.
'Lagi sial' aku berkata dalam hati.
This was in drafts.
5 years ago
No comments:
Post a Comment