Tuesday, September 28, 2010

Passion

Throw your heart out in front of you, and run ahead and catch it


If only.

Tuesday, September 21, 2010

Material

Aku dan fad masakini tak "click".

Go figure.

Wednesday, September 8, 2010

Silap Orang

Aku melihat arah seorang perempuan tanpa melihat perempuan tersebut. Aku lebih sebok dalam perbualan dengan freud aku menganalisa perbuatan masa lampau aku.


Tanpa aku sedari perempuan tersebut juga memandang ke arah aku.


"What?" beliau bertanya kearah aku.


Perbualan berbahasa melayu aku dengan si freud (ya, beliau hebat menggunakan bahasa), yang dalam imaginasi aku menyerupai pak cik dalam iklan televisyen yang kene di ban dan di tarik balik tempoh hari, terus hilang bagaikan si jutawan baru-baru ini.


Aku sedikit janggal menyaksikan perempuan yang aku tidak kenali itu datang mendekati aku lalu mengatakan "what is it?".


Aku dengan tidak berfikir panjang terus menjawap "Errr, I thought you were someone I knew".


Beliau kelihatan ingin berkata sesuatu tetapi dengan sepantas kilat perkataan-perkataan sudah pon keluar dari mulut aku yang membentukan satu ayat "But she's way prettier".


Beliau mula menghembus nafas lebih mendalam dan sebelum beliau mengeluarkan sebarang bunyi, aku sudah pon tiada di depan mata beliau.


Lies are what we want the truth to be.


Ha ha.

Tuesday, September 7, 2010

Kring....

Sedang aku asyik membaca laporan2 syarikat tertentu telefon bimbit aku berbunyi. Ade orang call. Aku lihat caller ID yang tertera di skrin telefon aku menunjukkan nombor telefon dari kawasan KL. Aku gelisah memikirkan suara bos aku meminta laporan yang aku patut hantar dua hari lagi.


Aku mengambil panggilan. Rupa-rupanya ade minah dari sebuah pihak televisyen berbayar di hujung talian.


"Ini pasti tentang saman yang kami dikenakan atas sebab tidak bayar satu ketika dahulu" aku berfikir dalam hati. (Ya, kami diberi surat saman dari pihak mereka atas sebab paling bodoh)


Tetapi tidak tepat. Beliau menelefon aku atas sebab ingin mempromosikan sesuatu.


"Ini en. Zulhilmi bin Mohamad?" tanya beliau.
"Hmm.." aku hanya mengeluarkan hembusan tanda ya.
"En. ada astro beyond?" beliau bertanya lagi.
"Tak" pantas aku menjawap.
"Kami disini menyediakan tawaran bla bla bla bla bla" beliau membebel untuk beberapa minit panjangnya.


Selepas panjang beliau mempromosikan produk mereka, perbualan bertukar sunyi. Tiada siapa pon bertutur dalam masa lebih kurang 30 saat dalam realitinya tapi sudah pasti bagaikan berabad lamanya kalau aku cerita.


Kemudian beliau memecahkan kesunyian dengan bertanya "En. tak berminat eh?"


Sunyi sebentar.


"Exactly." akhirnya aku berkata.


Beliau mengucapkan terima kasih dan lantas meletakkan telefon.


Silence is easy, it just becomes me

Perlu ramai lagi telemarkerter sebegini aku berfikir melupakan tugas membuat laporan aku.

Monday, September 6, 2010

Point X

Kalau superman pakai wheelchair.
Manusia ber-evolusi.


Kita dah sampai mana dah ni?

Thursday, September 2, 2010

Polusi pendengaran

Sekitar akhir 90an awal milenium.

Aku teruja. Ya lah, buat kali pertamanya aku dapat menyaksikan perlumbaan F1 secara langsung. Tak pernah lagi merasakan gegaran dunia perlumbaan secara 'live'. Sebelum ni hanya saksikan highlights2 di skrin televisyen sahaja. Dulu siri F1 ni tak diambil perhatian sangat, maka aku hanya dapat melihat 'snippet'2 si jordan hill kat tv. (ironiknya, aku tak suka pon jordan hill).

Aku pergi dengan bapak aku. Tiket percuma, sapa tak pegi ye dak? Seat2 kami berasingan. Beliau di box sebelah starting line, aku dekat straight line sebelum u-turn tower tu. Aku tak rasa kekok sebelum perlumbaan bermula sebab rata2 peminat yang lain juga menyaksikan perlumbaan ini dengan memakai baju cap thai mereka. Tak se'elit' yang aku bayangkan.

Race pon bermula. Seat2 mula menggegar. Literally. Macam gempa bumi berskala kecil. Pabila kereta2 selaju jet lalu didepan mata aku, aku tak perasan pon. Bunyi yang kuat membuatkan aku menutup mata buat seketika. Aku cuba cari jalan lain. Aku membuat konklusi yang aku patot cari cara untuk tutup telinga aku bagi mengurangkan tahap polusi pendengaran ni. Maka aku ke tandas untuk mencari 'ilham'. Kat tandas tu surprisingly tak sekuat diluar. Aku tak tau kenapa. Mungkin bunyi yang kuat boleh menganggu seseorang itu untuk melakukan nombor dua. Mungkin.

Aku dapat idea untuk menyumbat telinga aku dengan tisu. Aku pon ambil tisu yang banyak dan celupkan sedikit air supaya tisu2 yang disumbat itu padat dan menutupi telinga aku secara menyeluruh. Aku keluar dari tandas untuk sambung menyaksikan perlumbaan. Eksperimen aku berjaya dan aku dapat menyaksikan perlumbaan tersebut tanpa ganguan mental akibat bunyi yang kuat. Aku lakukan ini semata-mata untuk saksikan perlumbaan yang aku telah nanti-nantikan semenjak aku tahu tentang F1 walaupun tisu yang tejolor keluar bukan satu 'fashion statement' yang menarik. Menarik perhatian, mungkin. Tapi bukan menarik.

Selepas race, aku pergi jumpa bapak aku diluar litar untuk balik. Kami berborak tentang pengalaman menyaksikan perlumbaan bertaraf antarabangsa itu. Pada masa kami di dalam kereta, beliau mengambil sesuatu dalam poketnya lalu memberikan kepada aku.

"Nah, amik ni," kata bapak aku.
"Tadi abah duduk dalam box tak dengar sangat. Box tu sound proof. Tapi dia bagi jugak ear plug ni" tambah bapak aku.

'Sial' aku berkata dalam hatiku.

"Nak pergi makan dulu ke? Abah dah kenyang. Tadi dalam box dia bagi makan skali. Buffet." bapak aku tanya.

'Lagi sial' aku berkata dalam hati.

Wednesday, September 1, 2010

Looking back

As with the previous post, it is never surprising to find more memories of sporting events lodged in my head as I embark on a sense of time travel through memories. One thing about time travel is that we want it purely because of the knowledge we gain from the experiences after the preferred time.

We want to travel back in time because of the fact that we know what would happen next. But what if when you travel back in time your in the same state of mind, soul and physically the way you were at that particular time. To me time travel is like a videotape you want to rewind. When you rewind back a story, the character never knows what will happen next. It is like their memories of the time after it was erased. This is why people always fantasized time traveling with limitations or certain regulations.

One would say "I would want to go back so and so if I had my current knowledge or physical attribute or whatever attribute that you would have at the present time." The other "flaw" of time traveling would be location. Since the earth is on an axis tilted in a way, one would not be in the same position in the past as they were in the present. Heck they could even be miles above or below ground. This is just minor details compared to more complex stuff such as stability of human atoms or the earth's aging process.

So enjoy life. Let the past be an education for the present to guide the future.

Sesi merepek hari ini habis di sini sahaja.
Sekian terima kasih.